Sunday 7 December 2014

SOALAN TATABAHASA

KATA GANTI NAMA

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 "Ibu, duit _______ hilang," kata Umair kepada ibunya.
A kita
B kami
C saya
D mereka

2 Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.
A Dia
B Kita
C Kami
D Mereka

3 "Jika _______ ada masalah sila jumpa saya," kata Cikgu Sarah kepada saya.
A mereka
B kamu
C kami
D dia

4 Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.
A Dia
B Kami
C Awak
D Saya

5 Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.
A dia
B kami
C kamu
D beliau

6 "Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu.
A dia
B kita
C kamu
D mereka

7 Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul.
A mereka
B awak
C saya
D kami

8 "Boleh _______ tumpang bertanya?" kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.
A kamu
B awak
C kami
D saya

9 "Ampun _______ tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja.
A beta
B patik
C hamba
D baginda

10 "Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya," kata Ani kepada kawan-kawannya.
A dia
B awak
C beliau
D kalian

11 "Nah, ambil wang _______! k"ata emak sambil menghulurkan wang kepada
saya.
A itu
B ini
C sini
D situ

12 Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada urusan di _______.
A itu
B sini
C sana
D mana

13 "Cuaca di _______ sungguh sejuk," kata Sabri sambil menahan kesejukan.
A mana
B sini
C situ
D ini

14 "Jangan berkelakuan _______, tidak elok," nasihat ibu kepada Zarina.
A begitu
B begini
C itu
D ini

15 Kalau tidak ada _______ masalah projek itu akan siap sebulan lagi.
A apa-apa
B bila-bila
C mana-mana
D siapa-siapa

16 Duduklah di _______ yang kausuka.
A mana
B siapa
C siapa-siapa
D mana-mana

17 Entah _______ yang disimpannya di dalam peti besi itu.
A bila-bila
B apa-apa
C siapa-siapa
D mana-mana

18 _______ pun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan.
A Bila-bila
B Apa-apa
C Mana-mana
D Siapa-siapa

19 Jemputlah ke rumah saya _______ encik ada masa lapang.
A bila
B siapa
C bila-bila
D siapa-siapa

20 "_______lah ucapan daripada Guru Besar," kata juruacara majlis.
A Ini
B Begini
C Begitu
D Demikian

21 "Ibu, duit Adik Farah hilang semasa ________ bermain seorang diri di taman permainan," kata Umi kepada ibunya.
A beliau
B kami
C kita
D dia

22 "Ali, suruh _______ datang ke sekolah petang ini untuk latihan sukan,” kata Cikgu Maimun kepada saya.
A kami
B kamu
C beliau
D mereka

23 Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu
memberikan sokongan sepenuhnya kepada _______
A ia
B dia
C beliau
D mereka

24 " Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka.
A kita
B kami
C beliau
D mereka

25 Kalau engkau tidak ada kerja marilah ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti dan Yusni kepada Nurul.
A mereka
B engkau
C kalian
D kami

26 "Ibu, ini kawan-kawan lama saya. Bolehkah _______ menumpang tidur di rumah kita?" kata Rosmaini kepada ibunya.
A mereka
B engkau
C kalian
D dia

27 "Kalau ________izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu,"sembah ahli nujum kepada sultan.
A tuan
B tuanku
C baginda
D tuan hamba

28 "Saya harap _______ dapat mempersembahkan permainan yang bermutu
nanti," kata jurulatih bola sepak itu kepada pemain-pemainnya.
A mereka
B kalian
C kami
D kita

29 Setelah sultan itu mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan
kepada putera _______.
A baginda
B tuanku
C beta
D nya

30 "_______lah caranya membuat masakan gulai tempoyak cili api,” kata Puan Balkhis kepada pelajarnya.
A Demikian
B Begitu
C Begini
D Apa

31 "_______kah gadis yang berbaju kurung hijau yang berjalan dengan awak,
semalam?" tanya Maniam kepada Razif.
A Apa
B Mana
C Siapa
D Mengapa

32 Pak Haji Daud bertindak _______ supaya anaknya tidak mengulangi kesalahan
itu lagi.
A begitu
B begini
C situ
D sini

33 "Saya berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak
_______," kata Chandran kepada majikannya, Puan Mei Ling.
A encik
B puan
C tuan
D cik

34 "Setelah seminggu balik dari Pulau Langkawi, _______ masih lagi terbayangbayang akan suasana damai di sana,"kata Lokman.
A dia
B kami
C saya
D kalian

35 "Ahmad, tolong ambilkan saya kamus yang terletak di atas meja _______," kata Laily kepada Ahmad.
A sana
B situ
C ini
D itu 

36 Dulu Disman pengurus bank di bandar itu. Kini _______ dinaikkan pangkat
sebagai pengurus besar di Kuala Lumpur.
A mereka
B beliau
C kamu
D dia

37 "Jikalau begitulah titah _______, eloklah kita pergi siasat segera," kata
Hulubalang kepada Panglima Ali.
A tuan hamba
B baginda
C patik
D beta

38 "Perjuangan _______ masih belum berakhir selagi wisel penamat belum
dibunyikan oleh pengadil,"kata ketua pasukan itu kepada rakan-rakannya.
A kita
B kami
C kalian
D mereka

39 Saya dan murid-murid Tahun Enam Bestari merancang untuk mengadakan
pertandingan bercerita. _______ telah menjemput beberapa orang guru sebagai pengadil.
A Beliau
B Kami
C Saya
D Kita

40 "_______ akan menentang pasukan lawan dengan bersungguh-sungguh,"ikrar para pemain itu kepada jurulatih mereka.
A Dia
B Kita
C Kami
D Mereka


| SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERJAYA|
VIDEO TATABAHASA